Home » » MasakDaily by MekThirah : Wantan Mee

MasakDaily by MekThirah : Wantan Mee

Written By Admin on Nov 2, 2017 | November 02, 2017



Untuk program baru dalam MasakDaily, kami menampilkan Mekthirah yang akan berkongsi resipi masakan yang dimasak oleh beliau sendiri. Jadi untuk resipi pertama yang beliau kongsikan untuk anda adalah Wantan Mee, anda nak tahu cara-cara & bahan-bahan yang digunakan? 

Teruskan membaca!

RESIPI WANTAN MEE

Bahan-Bahan :

1 Peket Mee Wantan (Celur Sebentar & Tos)
Cendawan Chintake (Di Rendan sehingga Kembang)
4 Ketul Ayam (Bahagian Dada)
Seikat Sawi, Fish Cake, Fish Ball (Potong & Celur)

Kicap Untuk Mee :

4 Sudu Besar Kicap Pekat
2 Sudu Besar Kicap Cair
2 Sudu Besar Sos Tiram
3 Sudu Besar Minyak Bijan
2 Ulas Bawang Putih (Diketuk)

3 Hirisan Halia
1 Cawan Stok Ayam

Bahan Perapan Ayam

2 Sudu Besar Sos Tiram
3 Sudu Besar Kicap Pekat
2 Sudu Besar Madu
Sedikit Lada Sulah

(Ayam seeloknya diperap semalaman)

Anda dah dapat bahan-bahan yang dikongsikan? Sekarang kita belajar cara-cara penyediaannya pula.

Cara Penyediaan :


1. Masukkan 1 sudu minyak dan biarkan panas seketika kemudian tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Kemudan masukkan sos tiram, kicap cari, kicap pekat dan cendawan chintake bersama 1 cawan stok ayam.

2. Bila semua bahan tadi dah sebati masukkan perasa. Tutup api dan masukkan minyak bijan dan lada sudah. Siap dan ketepikan.

3. Ayam yang telah diperap semalam boleh di grill. Tetapkan tempoh 2 minit untuk setiap bahagian atau sehingga masak di dalamnya.

4. Mee yang dicelur boleh digaul dengan kuah kicap tadi. Jika kuah warnanya agak cair boleh tambah kicap pekat sedikit.

5. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama sayur sawi, fish cake, fishball & ayam.

6. Nak lagi sedap hidangkan bersama cili jeruk atau cili potong.

Selesai!

Mudah je kan cara-cara penyediaannya, jadi tunggu apa lagi, boleh dah tu ajak cik abang pergi beli bahan-bahan untuk masak kat rumah.

Nanti kalau anda dah cuba jangan lupa kongsikan pengalaman anda di komen sewaktu mencuba resipi wantan mee ni.

Berikan komen untuk sebarang cadangan, share post ini untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda di facebook & twitter serta jangan lupa untuk like facebook MasakDaily.

Jumpa lagi di post seterusnya.

SHARE

1 comments :