Home » » Resipi : Nasi Arab Masyhur Bersama Ayam

Resipi : Nasi Arab Masyhur Bersama Ayam

Written By Admin on Nov 7, 2017 | November 07, 2017



Asyik makan nasi putih sahaja pun kadang-kadang boleh jadi membosankan, apa kata anda ubah sedikit menu hari ini untuk keluarga, anda cuba resipi Nasi Arab bersama dengan ayam. Bolehlah anda rasai kenikmatan makan timur tengah pula. Jom dapatkan resipi sekarang!

Bahan - Bahan :

500 gram Dada Ayam (Dipotong Ayam)
1 Sudu Teh Maggi Cukup Rasa
2 Sudu Besar Minyak Jagung
1 Biji Bawang Hollad (Dipotong Dadu)
4 Ulas Bawang Putih

Bahan untuk Rempah
(atau anda boleh beli rempah campuran Kabsa)

1 Sudu Teh Serbuk Ketumbar
1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
1 Sudu Teh Serbuk Kayu Manis
1 Sudu Teh Bunga Cengkih
1 Sudu Teh Serbuk Kunyit
1 Sudu Teh Serbuk Bawang Putih
1 Sudu Teh Serbuk Halia
1 Sudu Teh Serbuk Buah Pala

Bahan Untuk Nasi :

700ml Air
500g Beras Basmathi (Dibasuh & Ditapis)
1 Helai Daun Pandan
3 Sudu Besar Sos Tomato
2 Kiub Stok Ayam

Cara Penyediaan :

  1.  Ayam dipotong dadu dan diperap selama 30 minit bersama Maggi Cukup Rasa. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali, tuang 2 sudu besar minyak jagung dan tumis bawang hollad dan bawang putih.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan taburkan ke semua rempah.
  4. Di dalam periuk nasi, masukkan beras, daun pandan, Sos Tomato dan kiub Stok Ayam. Tuangkan dan kacau sebati.
  5.  Selepas itu masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam nasi.
  6. Biarkan sehingga ia masak sempurna di dalam periuk nasi tadi.
  7. Hidangkan bersama salad serta sambal pedas.
Anda dah sedia untuk masak resipi ini untuk keluarga? Kongsikan pengalaman memasak anda dengan kami.

Berikan komen untuk cadangan, share post ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan anda di facebook atau twitter dan jangan lupa untuk like facebook MasakDaily.

Sumber Resipi : maggi.com.my
SHARE

0 comments :

Post a Comment