Tips untuk anda yang memerlukan cara menyediakan masakan dalam kuantiti yang banyak dan pada masa yang sama anda ingin pastikan dapur anda bersih dan teratur, terutama sekali sewaktu anda mengadakan rumah terbuka atau keluarga berkumpul beramai-ramai.
Teruskan membaca untuk mendapatkan tips-tips ini :
1. Buat Penyediaan Awal
Elakan penyediaan di minit terakhir. Beli semua bahan atau keperluan lain seperti pinggan dan sudu garfu seawal yang boleh. Potong juga bawang, sayuran dan daging sehari sebelum.
2. Pastikan Menu Tidak Terlalu Banyak
Tidak perlu menyediakan terlalu banyak hidangan kerana ia boleh membawa kepada stress. Anda hanya perlukan satu hidangan istimewa yang diikuti dengan sayuran mudah, sup dan juga makanan manis.
3. Guna Resipi Yang Mudah
Tidak perlu menggunakan resipi yang terlalu teliti. Pastikan resipi itu mudah diikuti dan tidak mengambil terlalu banyak masak. Jika boleh, gunakan resipi yang boleh dimasak terlebih dahulu dan disejukkan di peti asi. Contohnya perap ayam atau sediakan asas sup sehari sebelumnya. Lebih banyak penyediaan yang dibuat bermakna anda tidak perlu bergegas untuk menyiapkan sesuatu hidangan.
4. Gunakan Bahan-Bahan Sedia Dimakan.
Anda boleh menggunakan makanan dalam tin seperti nenas & sos pasta dalam botol.
5. Membersih Sambil Memasak
Sambil membuat penyediaan dan memasak, sebenarnya anda boleh membersihkan dapur pada masa yang sama. Apabila rendang sedang mendidih, basuh mana-mana mangkuk atau peratalan memasak yang tidak digunakan. Sambil menunggu nasi di masak, lap meja dapur sebelum memulakan hidangan seterusnya.
Itulah 5 tips untuk anda aplikasi sewaktu memasak bagi kuantiti yang banyak, penyusunan masa amat penting untuk anda memasak dengan lebih teratur.
Berikan komen anda untuk sebarang cadangan kepada kami, share post ini kepada rakan-rakan anda di facebook atau twitter dan jangan lupa untuk like facebook MasakDaily.
Sumber : ayambrand.com.my
0 comments :
Post a Comment