Home » » Tips : Elak Pisau Tumpul

Tips : Elak Pisau Tumpul

Written By Admin on Nov 2, 2017 | November 02, 2017


Pisau adalah peralatan yang paling penting untuk memasak selain perkakas yang ada di dapur, cuba anda bayangkan kalau anda nak memasak pisau tak ada? Anda boleh memotong ayam, daging, bawang atau sayur tanpa pisau? 

Susah kan?

Tapi kalau pisau ada tapi tumpul? Proses memasak akan jadi lambat sebab kerja memotong akan mengambil masa yang lama dan mood memasak pun boleh jadi spoil. 

Jangan rosakkan mood memasak anda, anda baca dahulu tips-tips yang kami sediakan untuk anda :

1) Pisau Berkualiti
  • Perkara yang paling utama adalah membeli pisau yang berkualiti (stainless steel) yang tak mudah berkarat.
2) Kegunaan Yang Sesuai Dengan Fungsi
  • Pisau datang dalam pelbagai saiz dan fungsi yang berbeza. Pastikan anda tahu menggunakan pisau dan mengikut fungsinya. Jika anda salah menggunakan ia boleh mengakibatkan pisau tersebut tidak tahan lama.
3) Jaga Kebersihan Pisau
  • Setiap kali selepas menggunakan pisau, pastikan anda cuci pisau dengan bersih. Selepas itu lap dengan kain kering. Simpan pisau di tempat yang sesuai dan kering.
4) Kerap Mengasah Pisau
  • Pisau yang digunakan berulang-ulang kali, perlu diasah sekali sekala. Beli & simpan alat mengasah di dapur, sekiranya pisau anda tumpul, sekurang-kurangnya alat mengasah ada ketika anda memerlukan. Tak adalah waktu memasak anda menjadi tergendala.
Anda dah baca tips-tips yang kami sediakan? Jangan lupa amalkan sewaktu berada di dapur nanti.

Berikan komen untuk sebarang cadangan, share post ini untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda di facebook atau twitter serta jangan lupa untuk like facebook MasakDaily.
SHARE

0 comments :

Post a Comment