Home » » Resipi : Kek Pisang

Resipi : Kek Pisang

Written By Admin on Oct 27, 2017 | October 27, 2017



Masak Daily kali ini berkongsi dengan anda resipi dari rakan facebook (Siti Raudzah) cara-cara membuat kek pisang versi Siti Raudzah. Anda boleh cuba resipi yang disediakan beliau.

Bahan-bahan :
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sudu teh bikabornat
  • 1 Sudu teh baking powder
  • 5 Biji pisang berangan
  • 3 Biji Telur
  • 1 Cawan Minyak
  • 1 Sudu teh shortening (untuk bagi kek lembut)
Cara :


Pertama sekali campurkan 2 cawan tepung gandum, 1 sudu teh bikabornat & 1 sudu teh baking powder tadi kemudian diayakkan sekali dan dimasukkan dalam satu bekas.

Kemudian untuk proses kisar, ambil 3 biji pisang berangan, telur, gula minyak dan teh shortening dan masukkan dalam "blender" kemudian kisar, selesai mengisar campurkan sekali dalam tepung tadi dan sebatikan.

Ambil lebihan pisang tadi dan hias mengikut kreativiti anda.

Untuk proses membakar, bakar dalam 1 jam dengan suhu 170°c.

Kredit Resepi  : FB - Siti Raudzah‎_mahn

Selamat Mencuba!

Janga lupa untuk komen, share & like facebook Masak Daily! 

Jumpa di entri seterusnya.
SHARE

0 comments :

Post a Comment