Home » » Resipi : Nona Manis (Versi Strawberry)

Resipi : Nona Manis (Versi Strawberry)

Written By Admin on Oct 27, 2017 | October 27, 2017


Masak Daily berkongsi dengan anda resipi Nona Manis versi Strawberry yang boleh anda cuba di rumah untuk minum petang. Terima kasih kepada Masak Apa Hari Ini atas resipi yang dikongsikan.

Bahan A

1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Santan
1/2 Cawan Gula
1 Biji Telur

Cara-cara :
  • Kacau rata dalam bekas guna whisk.

Bahan B

1/4 Cawan Tepung Jagung
1/4 Cawan Gula
1 Cawan Santan
Pewarna Strawberry Oil Base
Perisa Strawberry
Secubit Garam

Cara-cara :
  • Masuk semua bahan di dalam periuk..kacau bagi sekata.
  • Masak atas api perlahan..sentiasa kacau sampai likat..tutup api..suamkan sekejap
  • Campurkan bahan A tadi dlm periuk kemudian kacau bagi sebati, Jika nak mudah blenderkan dan tuang dalam jag kecil.

Bahan C

1 Kotak kecil santan kotak. (Kena campur dgn 1 cawan air untuk dapat 2 cawan santan tadi)
3-4 Sudu besar tepung gandum
Sedikit je gula
Sedikit garam (bahagian ni kena rasa masin sikit)

Cara-cara :
  • Masuk bahan-bahan dalam periuk.. Kacau rata/sebati.
  • Kemudian masak atas api perlahan sehingga likat/menggelegak.. Tutup api.. Tuang terus dlm botol sos kecil atau bekas yg sesuai untuk piping kat tengah kuih.
  • Acuan lompang sapu minyak.. Tuang adunan 3/4 acuan..paipkan putih di tengah-tengah adunan pink.
  • Panaskan pengukus sehingga betul-betul mendidih..kukus mesti 10 minit..api sederhana besar.
  • Tunggu sejuk.. Boleh keluarkan nona manis ni dari acuan.

Kredit : Masak Apa Hari Ini

Selamat Mencuba!

Jangan lupa untuk komen, share & like facebook Masak Daily!

Jumpa lagi di entri seterusnya.
SHARE

0 comments :

Post a Comment