Nasi ayam sangat sinonim dengan rakyat Malaysia, di mana sahaja ada kedai yang menawarkan nasi ayam. Kali ini untuk nasi ayam lover, Masak Daily kongsikan resipi nasi ayam thai, jadi kita tengok bahan-bahan dan cara nak masak nasi ayam thai ni...
Bahan-bahan :
Isi Dada Ayam
Akar Ketumbar
Hirisan Halia Secukupnya
Kiub Pati Ayam Secukupnya
3 Cawan Beras - Dibersihkan dan ditos
Bahan Sos Nasi Ayah Thai :
Sos Cili Thai
1 Sudu Kicap Pekat
Sedikit Perahan Jus Limau Nipis
Cili Merah (dihiris) - Boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas
Cara memasak :
- Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.
- Setelah mendidih dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.
- Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.
- Untuk menghasiklkan sos nasi ayan versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencarikan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.
- Hidangkan nasi ayamn tahi bersama sos tadi & siap untuk dimakan.
Anda dah sedia untuk masak? Jangan lupa untuk share pengalaman anda dengan kami.
Jangan lupa komen untuk sebarang cadangan, share post ini sekiranya bermanfaat & like facebook MasakDaily.
0 comments :
Post a Comment