MasakDaily nak berkongsi resipi kek Rainbow Checkeredboard Cake yang sedap ini, resipi ini daripada Kak Wan. Jom kita belajar & buat untuk birthday anak atau untuk juadah minum petang.
Bahan-bahan :
430gm Tepung Gandum
4 Sudu Kecil Baking Powder
1/2 Sudu Teh Garam
250gm Mentega
340gm Gula Kaster
375ml Susu Segar
5 Biji Putih Telur (Suhu Bilik)
2 Sudu Teh Esen Vanila / Badam
Pewarna Merah, Biru, Hijau, Kuning, Oren, Ungu
400ml Whip Topping Krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek) atau Buttercream
Loyang 8" di alas dan di gris keliling
Cara-cara :
- Ayak tepung baking powder dan garam, ketepikan.
- Pukul Mentega dan gula hingga gebu. Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
- Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak(+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
- Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam over yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C. Bakar sehingga habis.
- Angkat dan sejukkan di atas redai. Keluarkan alas bawah kek.
- Potong setiap kek menggunakan cutter bulat. (2 atau 3 cutter berlainan saiz.
- Susun mengikut warna yang berlainan setiap lapisan kek.
- Sapu krim keliling kek untuk lapisan pertama, letak di atas papan kek.
- Sapu krim secukupnya pada pernukaan lapisan pertama kek, letak lapisan kedua dan sapu krim di atasnya, Ulangi untuk lapisan seterusnya sehingga habis.
- Setelah selesai, sapu tipis krim pada seluruh kek dan simpan selama 2-3 jam di dalam peti sejuk.
- Selepas itu bolehlah di salut dengan krim kegemaran menggunakan fresh cream, buttercream atau coklat ganache.
- Simpan semula di dalam peti sejuk sekurangnya dalam 4 jam sebelum dipotong.
Sedia untuk buat kek Rainbow Checkered? Jangan lupa share experience anda membuat kek ini di komen.
Selamat mencuba!
Sumber : Resipicitarasawan
Berikan komen untuk sebarang cadangan, share post ini sekiranya bermanfaaat & like facebook MasakDaily.
Berikan komen untuk sebarang cadangan, share post ini sekiranya bermanfaaat & like facebook MasakDaily.
0 comments :
Post a Comment