Home » » Tips : 7 Tips Memasak Cepat, Semua Siap Dalam 20 Minit

Tips : 7 Tips Memasak Cepat, Semua Siap Dalam 20 Minit

Written By Admin on Oct 27, 2017 | October 27, 2017


Zaman sekarang suami isteri bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup, balik rumah dua2 penat nak memasak. Jangan risau, baca tips ini yang dikongsikan oleh Pn Rajenaz Nazira lepas ini anda boleh masak di rumah dengan cepat.

1. Pengasingan Lauk

Semua ayam, udang, sotong siang dan basuh siap-siap kecuali ikan. Ikan jangan basuh ya. Siangkan sahaja, kalau basuh, ikan akan jadi cepat rosak walaupun dibekukan (frozen).

Seperkara lagi, jangan bekaskan ikut jenis sahaja. Tapi kena bahagikan juga ikut kuantiti nya. Contohnya, kalau sekali masak kita hanya akan guna 4-5 ekor ikan, jangan simpankan 10 ekor ikan sekali dalam satu bekas. Sebabnya, apabila kita defrost, sebaik-baiknya terus masak. Jangan asyik keluar masuk peti sejuk sebab ia tak elok dan boleh mengundang toksik.



2. Bekaskan Bahan Memasak

Nampak tak bekas-bekas saya. Mula-mula tergugat juga nak pakai&nbsp tapi memandangkan banyak lagi tempat saya boleh salurkan peruntukan tersebut, saya guna bekas ini saja. Yang penting, bekas ini mudah untuk kenal pasti kandungannya. Kalau rajin, boleh labelkan untuk mempercepatkan lagi proses memilih bahan.



Pengasingan semua bahan memasak ini adalah amat penting bagi mengekalkan kualiti serta memanjangkan tempoh ketahanan.

3. Kopek Bawang


Setiap hujung minggu saya akan kopek bawang merah, bawang besar dan bawang putih, Ingat ya. bawang merah dan bawag besar bersifat penyerap bakteria. Jadi kalau kopek kulit, kene terus masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais.



Bila nak masak, ambil ikut keperluan untuk ditumbuk atau dihiris. Tak payah buang masa lagi nak kopek kerana ia sebenarnya boleh melambatkan proses memasaka.

4. Tumis Cili

Menumis cili blend prosesnya memang leceh. Mana tidaknya, kalau menumis habislah dinding dapur merecik dan ianya mengambil masa yang agak lama juga. Kalau betul-betul masak, barulah boleh hasilkan masakan yang sedap.

Jadi, siapkan cili kisar yang dah siap tumis mengikut kuantiti seminggu terus (atau yang sesuai dengan kekerapan kita memasak). Bila dah tumis dan dah terbit minyak, bekaskan untuk disimpan dalam peti ais.



Kalau peti ais bawah, paling lama boleh simpan seminggu sahaja. Kalau banyak simpanlah sebahagian dalam "freezer", ia boleh tahan sampai 3 bulan.

5. Basuh & Rendam Sayur Dengan Garam

Sayur ini masalahnya cepat layu dan rosak. Cara nak lanjutkan tempoh kesegaran sayur ini, kita basuh dah rendam dengan air garam lebih kurang 5 minit. Kemudian, toskan dan masukkan dalam bekas. Cara ini boleh menjimatkan masa & tak payah beli sayur setiap hari.



6. Buat Senarai Menu Masakan

Senaraikan menu makanan dalam seminggu. Tulis dan tampal pada peti ais. Percaya atau tidak kita sebenarnya banyak buang masa memikirkan apa yang kita nak masak. Jadi buatlah perancangan awal supaya memudahkan kita memasak.

7. Ikut Turutan Yang Betul

Bila nak mula memasak, semak senarai menu dan buat pilihan. Kalau yang bekerja, balik saja buka pintu terus buka peti ais pergi defrost lauk dan masak nasi.

Ingat, 2 perkara inilah yang paling ambil masa. Lepas dah buat 2 perkara ini, bolehlah pergi buat apa yang patut dan bersedia untuk masak lauk.

Dan itulah 7 tips yang boleh membantu anda untuk memasak dengan lebih efisien, semoga tips ini memberi manfaat kepada anda.

Sumber : SirapLimau

Jangan lupa komen untuk sebarang cadangan, share sekiranya post ini bermanfaat & like facebook Masak Daily.
SHARE

0 comments :

Post a Comment